Saturday, March 21, 2009

Sirah Junjungan..Tahajud Cinta


Suatu tajuk yang membawa makna yang sangat besar. Kalo nak dikisahkan tentang sirah nabawiyyah, rasanya, inilah sirah yang paling indah pernah kubaca. Sirah ini membawa aku bersama-sama menjiwai dan merasai kehidupan Rasulullah ya Habiballah dr kecil sehingga wafatnya baginda.

Bukan baru kudengari kisah Rasulullah, malah dari zaman kecil sehingga kini. Kehendak Allah dan petunjuk Allah itu tak siapa yang berhak menghalangnya. Masa kecil ku kenali Muhammad kerana dia seorang yang bernama Muhammad, legenda umat Islam. Kisahnya turut disenaraikan dalam silibus pendidikan agama di sekolah, dan kisahnya juga didengarkan dan dibacakan oleh mak di rumah.

Tapi bila dewasa, kukenali Rasulullah kerana dia kekasih Allah. Dialah yang membawa anjakan paradigma pada kehidupan manusia sejagat. Dialah....Indahnya akhlak membuatkan aku jatuh cinta tanpa boleh dihalang2 lagi. Kisahnya sentiasa dibawa dalam setiap kelas yang aku hadiri. Sabda dan sunnahnya sentiasa meniti dibibir para guru2 ku. Rasulullah begitu....Rasulullah begini....Rasulullah tidak melakukan itu....Rasulullah membuatnya begini...Rasulullah kata begitu..Rasulullah kata begini. Gegendang telinga ku hanya didengarkan dgn keindahan peribadi Rasulullah. Lalu jiwa meresapi keindahannya....aku rindu.

Ketika jiwa sarat dengan cinta dan rindu..Erma Fatima memulakan langkah berani mementaskan kisah Muhammad Al-Amin yang aku cintai. Buat pertama kali, kujejaki kaki di Istana Budaya, menonton hasil arahannya.




Dari permulaan pementasan hingga ke penghujungnya, airmataku mengalir tanpa henti. Pementasan bermula dengan kisah Abrahah ingin menawan Mekah dan diakhiri ketika wafatnya Baginda. Rinduku makin menebal. Semakin hangat pementasannya, semakin kuraskaan Rasulullah dekat padaku. Satu persatu pesanan baginda yang pernah singgah ke telingaku, bermain-main dibenak.

Alangkah beruntung para sahabat kerana pernah merasai kehidupan bersamamu. Alangkah beruntung Fatimah kerana berayahkan dirimu. Alangkah beruntungnya Khadijah kerana dicintaimu dan beruntungnya aku kerana dilahirkan sebagai umatmu...Alhamdulillah.

Aku merasakan bahawa perlunya umat Islam di Malaysia ini yang tidak pernah merasakan cinta dan rindu pada Rasulullah dalam diri, agar menonton pementasan ini. Inilah salah satu wadah untuk kalian lebih mengenali pemimpin agung pilihan Allah. Keindahannya, keperitan yang ditanggungnya, seksaan dan hinaan yang dilemparkan padanya utk kita menikmati Islam, tak terbayar oleh kita...

Credit yang tertinggi kuhadiahkan buat erma fatima kerana keberanian, kesungguhan dalam kepayahan utk mementaskan kisah Rasul agung yang sentiasa aku banggakan. Jazakillah...

No comments:

Post a Comment