Kata Imam Al-Ghazali:
"Carilah hatimu pada tiga tempat. carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tak kau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati"
MEMBACA AL-QURAN
Firman Allah:
"Diturunkan kepadamu Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat serta penawar..."
Al-Isra' 17:82
MENDIRIKAN SOLAT
"Jika kamu ingin Allah bercakap denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin bercakap dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah"
MENGINGATI MATI
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang banyak mengingati mati."
Riwayat al-Baihaqi


No comments:
Post a Comment