Tuesday, February 14, 2012

Hati

Wahai hatiku yang satu
Ku kira engkau telah terbahagi dari sisi ku..
Apa yang masih kau lakukan di dalam lubuk jiwaku itu?
Kau menghambat kehidupanku

Wahai hatiku yang satu
aku amat rindu....

Hatiku,
Kehidupanmu dan kehidupanku tak pernah berirama merdu
Jiwamu dan jiwaku tak pernah bersatu
Namun begitu, aku tetap rindu

Rindu,aku amat rindu
Hatiku, masa datang belum tentu milik kau dan aku
Persiapanku tetap jitu untuk hari itu
Hari yang akan mengkhabarkan padaku berita pilu
Adakah aku akan jatuh hanya kerana kau hatiku?

Hati, setiap kali kukenang akan hatiku
Airmataku laju, hela nafasku tak menentu
Aku terkenangkan kau yang dulu
Kau yang pernah sayu dalam kembaramu

Hati, aku tetap cinta padamu
Cinta yang aku sendiri tidak mampu usir
Andai datang takdir
Aku tetap redha kerana aku percaya akan tiba masaku jua

Hati, bersemadilah di mana sahaja engkau sukai
Aku gagal dalam mengunci diri
Aku biarkan kau duduk diam dalam kamar itu
Sehingga habis nyawaku dihujung waktu